Tanda-tanda awal anda pregnant!


Salam,

Kalau orang tanya saya, apa hadiah paling best yang saya pernah dapat sepanjang saya hidup ni? Saya akan jawab, bila Allah SWT kurniakan saya dan suami, rezeki anak. Syukur sangat2. Alhamdulillah.  Tuhan je yang tahu betapa indahnya perasaan bergelar ibu tu. Saya pasti anda semua yang dah jadi ibu pun mesti ada perasaan yang sama macam saya kan? :)

Bila saya ingat balik masa saya mula-mula kawin dulu, setiap bulan je mesti dalam hati saya ni "mintak-mintak la pregnant bulan ni, jangan la period bulan ni..." haha. Memang tak sabar sangat rasanya nak ada baby. Alahhh anda semua yang baru kawin pun mesti macam ni kannn? :-p

Kalau ada antara anda yang baru kawin dan tak tau sama ada anda pregnant ke tidak, meh saya share apa tanda-tanda awal anda pregnant! :)

1. Period tak datang

Okay, ni tanda yang paling jelas sekali. Kalau anda pregnant, memang period tak datang. Bagi anda yang period memang teratur setiap bulan, kalau period lewat dari biasa tu, mungkin ada possibility anda mengandung. Tapi ada jugak kes yang walaupun pregnant tapi period tetap datang (orang panggil “bunting pelanduk”) Tapi ni rare case la. Jarang sangat orang yang mengandung tapi period.

2. Suhu badan meningkat

Badan anda akan rasa lebih panas dari biasa menandakan suhu badan anda dah meningkat sikit. Kalau anda memang jenis yang rajin ukur suhu badan ni (buat BBT), anda akan perasan ada peningkatan suhu badan dari sehari ke sehari. Lepas tu selalunya time tengah malam tu time tidur kalau boleh mesti anda nak pasang kipas/aircond paling kuat sebab rasa macam panas/bahang je.

3. Rasa tak sedap badan

Tiba-tiba je rasa tak sedap badan. Macam nak demam lah. Lesu je tak bermaya. Bila petang/malam atau time balik dari kerja tu, kalau boleh nak malas-malas, nak landing je atas katil. Hihi. 

4. Nafsu makan meningkat

Tengok makanan tu nak, tengok makanan ni nak. Semua nak dan nampak sedap je. Lepas tu tiba-tiba ada teringin/mengidam nak makan certain foods pulak. Ada jugak kes yang seseorang tu tiba-tiba tak suka makanan yang selalunya dia suka. Pelik kan? Jangan pelik sebab tu mungkin jugak pembawakan budak kata org. 

5. Kerap buang air kecil

Ni terjadi sebab semasa pregnant, jumlah cecair dalam badan meningkat, jadi sebab tu kekerapan utk buang air pun meningkat. Lepas tu nanti bila kandungan dah makin membesar, makin kerap la kita buang air kecil sebab kandungan yang besar tu akan menekan punding kencing kita.

6. Payudara membengkak/sakit

Payudara selalunya akan membengkak dan sakit bila disentuh. Rasanya lebih kurang macam masa kita period. Ketidakselesaan ni adalah disebabkan perubahan hormon yang terjadi pada badan kita.

7. Mual/loya/muntah

Biasanya mual/loya/rasa nak muntah ni terjadi semasa 1st trimester (masa kandungan dah 5@6minggu)  sebab adanya peningkatan hormon. Tapi jangan risau sebab kebanyakan orang bila dah masuk 2nd trimester rasa mual/loya/rasa nak muntah ni akan beransur-ansur hilang.

8. Sakit kepala/sakit punggung

Kepala terasa berdenyut-denyut/migrain. Bila berdiri lama rasa macam nak pitam je. Ini pun terjadi disebabkan perubahan hormon jugak.


***Okay, tu antara tanda-tanda jika anda pregnant. Tapi anda semua kena ingat yang tak semua orang akan mengalami tanda-tanda kat atas ni dan tanda-tanda ni adalah BERBEZA bagi setiap orang.

Nanti saya akan share pula pengalaman saya sendiri masa saya mula-mula dapat tau saya pregnant di entry yang lain yer. :)


Untuk anda yang masih dalam usaha untuk medapatkan anak/zuriat, saya cadangkan agar anda cuba set CEPAT HAMIL ni!! Ramai yang dah mencuba (termasuk saya sendiri) dan kami berpuas hati! :)


Lin. Hasbullah 
Shaklee Independent Distributor
019-6666 037
www.worth4everyone.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 
2012 Everything is special . | Blogger Templates for HostGator Coupon Code Sponsors: WooThemes Coupon Code, Rockable Press Discount Code